Menulis dalam Bahasa Malaysia.
Kawan saya Deniel Ahmad telah menjawab saya tentang PAS dalam artikel di Federation of Bloggers,dengan mengatakan kenapa saya selalu mengkritik PAS,dan seolah-olah saya tidak memahami apa itu PAS.
Ini jawapan dia.
:)
apa khbr shbt..
lama tak menjenguk..
hentaman kpd PAS lagi..
ezreen..
ur statement:
"Saya belajar sains politik,hari-hari saya observe politik seluruh dunia."
"Mustahil saya terlepas pandang keadaan di Malaysia."
Maaf, anda terlalu beremosi..anda masih blm memahami PAS itu secara all out..lihatlah sejarahnya dari akar umbi.mempelajari sains politik di dalam pengajian anda belum pasti membolehkan anda memahami semua isu ini seumpama tuhan memahami mahkulknya.
Bukan saya ingin merendahkan anda, ttp bak kata pepatah, sekiranya tidak mengetahui lbh elok kita menyiasat,mempelajari,agar apa yg diucpkan tidak nmpk silapnya..
Dlm menganalisis soal PAS, bukan hanya ilmu sains poltik semata-mata anda perlukan..soal Agama,akidah,harakiah perjuangan,dan sbgainya perlu diambil kira..
Tq.
Sebagai seorang student sains politik,tahun satu,maafkan saya jika saya salah berkata-kata.Tetapi,berdasarkan pengalaman saya selama 10 tahun saya tinggal di Malaysia,saya rasa pemimpin PAS "lebih retorik dari pelaksanaan".
Soal agama,akidah,harakiah perjuangan?
Konsep saya dalam politik adalah mudah.Penubuhan parti politik adalah kerana ekonomi dan kuasa,kerana tanpa dua perkara itu seolah-olah penubuhan parti adalah sia-sia.Untuk apa menubuhkan parti?Kerana mahu menubuhkan kerajaan,dan dapat mengawal ekonomi.Menubuhkan kerajaan bermakna mengawal ekonomi,dan pengawal ekonomi adalah kekayaan.
Apa sekali konsep fahaman politik,baik liberal,konservatif,Islam atau komunis,matlamat adalah satu--mengawal ekonomi.
Apa yang PAS lakukan di Kelantan selama 18 tahun ialah berceramah setiap tahun,menjadi alternatif kepada mereka yang tidak suka kepada UMNO,dan memain retorik agama.
Parti politik,I mean,semua parti politik,adalah sama dengan doh pizza.Tidak kira apa yang diletak di atasnya--pepperoni,ikan bilis,daging,ayam,sardin,atau semata-mata keju,tetapi asasnya sama--tepung dan air.
Jadi parti politik ini,tidak kira apa intinya--matlamat asalnya adalah satu--mengawal ekonomi.
Jadi jika UMNO gunakan retorik "Ketuanan Melayu",DAP gunakan "Malaysian Malaysia",maka PAS pun gunakan Islam.
Jadi saya nak tanya satu soalan kepada semua penyokong PAS,apakah PAS tidak ada matlamat untuk mengawal ekonomi sepertimana mana-mana parti politik?Even Hamas dengan Fatah pun tubuhkan parti politik kerana hendak mengawal ekonomi dan kuasa di Palestin.Hezbollah dan puak Druze berebut kuasa di Lebanon untuk mengawal ekonomi selatan Lebanon.Republican dan Democrat berebut kuasa di Amerika untuk mengawal ekonomi dunia.
Jadi,jika ditakdirkan PAS mampu mentadbir Malaysia,apakah cara PAS mengawal ekonomi?Kerana ekonomi di Canada kerajaan Stephen Harper goyah.Kami ada undi tidak percaya yang berkesan berbanding di Malaysia.
Now,sekarang kita ada dengar tentang alternatif yang dibuat oleh kerajaan Kelantan-Dinar Emas.Perkara yang menarik,malangnya kenapa PAS tidak mampu mengeluarkan dinar emas yang secukupnya untuk menjana ekonomi negeri?Pengeluarannya macam melepaskan batuk di tangga--hanya laku untuk mas kahwin,dan pertukaran hadiah.Apa ni?Sepatutnya dinar emas menjadi foundation ekonomi negeri Kelantan!
Tentang hukum hudud,saya tidak menentang sekiranya hukum itu dilaksanakan di sebuah negara yang hampir 95% penduduknya beragama Islam.Seperti Kelantan.Ya,ia harus dilakukan demi kesejahteraan penduduk.Pencuri harus dipotong tangannya.Saya pun menyokong undang-undang ini kerana baru kehilangan Blackberry.
Tetapi,apabila saya dengar yang hukum hudud hanya untuk orang Islam sahaja,saya rasa itu tidak seragam.Jadi sekiranya orang Islam sahaja yang dipotong tangannya,yang bukan Islam makin bermaharajalela mencuri.
Apabila DAP membantah,itu kerana mereka tidak faham.Saya faham dengan hukum hudud,tetapi saya tidak faham konsep PAS yang double standard dengan hukuman tersebut.Seharusnya yang bukan Islam sekali pun dihukum hudud,supaya tidak ada lagi pencuri di dalam negeri.
Kalau DAP membantah,kita tengok suara paling ramai.Simple as that,right?
Saya tidak membantah hukum hudud yang diperintah Allah,tetapi saya membantah hukum hudud ala-PAS.Dan saya rasa,kata-kata PAS hanyalah retorik semata-mata kerana undang-undang agama dan adat terletak di dalam kerajaan negeri,bukannya pusat.Kenapa Kelantan yang 95 peratusnya Islam tidak lakukan hukum ini?
Ada dua-tiga hiccups dalam PAS yang saya tidak faham.Maaf kerana saya orang yang memerhati dari jauh.Tetapi,kalau foundation parti itu sendiri dibina dalam keadaan yang tergopoh-gapah,makanya jadilah hiccups macam yang saya katakan ini.
Akhir kata,saya bukannya "keyboard warrior" seperti yang dikatakan oleh Deniel tentang isu Palestin.Tetapi saya masih tidak faham,apa motif penubuhan parti PAS ni?Untuk agama,bukan?Tetapi agama memerlukan ekonomi juga untuk terus survive.Kerana itu Islam mewajibkan kita bayar zakat.
Kurangkan retorik,lebihkan berfikir.
Thursday, January 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
haha best la sis E!
terima kasih kerana menjawab persoalan saya..
kita sama-sama belajar..saya silap anda betulkan, dan sblknya..
kenapa saya begitu 'cepat' menjawab dlm soal ius PAS Ini..mgkn anda pasti ada jwbnya..mgkn saya sngat 'rapat' dgn perjuangan parti ini..ya sangt.. Walapun datuk saya seorang UMNO sejati sampai katanya kalau ditikam aku, yang mengalair itu darah UMNO :) sbgai gurauan..
soal politik dan ekonomi..btl ..saya tak nafikan..ekonomi adalh asas untuk membangunkan negara..maka poltik itu adalah salurannya..Parti politik itu medium bagi mencapai semua itu..
Tapi bagi PAS ekonomi itu bukan semata-mata matlamatnya.matlamat asasnya atas dasar ingin menegakkan syiar islam yang ideal dan sejagat.islam itu universal. setahu saya dalam PAS, soal menang atau kalah dalam pilihan rata bukan soal utama.yang penting berjuang dahulu, korbankan diri,wang,tenaga untuk memastikan kemenangan..kalah itu adalah biasa bagi PAS. ini boleh dirujuk dlm rekod PAS dlm PRU di MAlaysia sejak merdeka. penuh kejatuhan. Kalau manusia biasa dah lama mengundu diri.. Rasional org berjuang dalam PAS dapat apa? wang? Pangkat? harta? kalau itu matlamatnya bukan PAS paltform nya..maka BN atau UMNO lebih sesuai
maka untuk menghuraikan PAS tidak semudah itu..perlu melihat ia dar segenap pelusuk gerakan.. Harakiah dan sbgainya.
saya sudah agak lama begelumang dgn PAS..Bukan mendabik dada, tapi tahulah pergerakan parti ini dari sudut poltik dan siasahnya. Benar PAS masih belum bena2 Mahir dalam pentadbiran Negara..Ttp ini semua dibina sedikit demi sedikit..Kita perlu faham dalm pembinaan sebuah parti poltik yang benar2 menjamin kepimpinan yang rasional dan berjaya dlm sst pemerintahan bukan hanya soal teori poltik semata-mata harus diasah dan dilatih..malahan persoalan JATIDIRI ahli dan pendokong PAS itu sendiri perlu diberi perhatian. proses ini mengambil masa. Dan jika ini tidak dilakukan, maka lahirlah ahli-atau pendokong yang akan memrintah negara dengan sikap yang tamak, haloba.rasuah,tidak amanah dan sebagainya..sperti kebanyakkan pemimpin UMNO dan BN yang jelasnya mengabaikan tanggungjawab mereke sbg pemimpin..kenapa ini berlaku? jwbnya tiada proses pembentukkan jatidiri dan shasiah dari awal..Ini kita tidak mahukan..
Maka dlm membincangkan soal parti PAS pendekatan haruslah berbeza..Bukan hnya dilihat dari sudut teori poltik semata-mata tapi lbh dari itu.
Dalam soal masyarakat yang menyokong PAS, kiranya mereka 'terpedaya' dgn omogan dan dogma jahil PAS ini saya kira ini satu kesilapan bagi yang mengatakan begitu. Siapa yang menyokong PAS sekarang? org kg semata-mata? tidak..sudah ramai tokoh-tokoh akedemik, perniagaan, bekas pegawai pentadbiran dan alim ulamak menyokong parti ini. Adakah mereke ini semua trelalu BODOH dan BUTA untuk mentokong PAS..fikirkanlah sendiri..
soal hudud... :)
kata anda
"Tetapi,apabila saya dengar yang hukum hudud hanya untuk orang Islam sahaja,saya rasa itu tidak seragam.Jadi sekiranya orang Islam sahaja yang dipotong tangannya,yang bukan Islam makin bermaharajalela mencuri.
Apabila DAP membantah,itu kerana mereka tidak faham.Saya faham dengan hukum hudud,tetapi saya tidak faham konsep PAS yang double standard dengan hukuman tersebut.Seharusnya yang bukan Islam sekali pun dihukum hudud,supaya tidak ada lagi pencuri di dalam negeri."
pertama tak de istilah hudud PAS..itu hudu dari tuhan..anda boleh semak, hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS adalah sama di dalm al-quraan dan sunnah..Tiada tokok tambah..boleh semak..
soal org bukan islam..Anda perlu faham, dalam konteks perlksanaan hudud hanya untuk islam sahaja..maka soalan anda bukan islam bukan besuka ria dan bermaharajalela:)...
salah tu... bukan islam tetap akan dikenakan hukuman,dipanggil takzir..iatu ianya boleh dikenakan hukuman sepertimana dijalanka undang-undang sivil sekarang..Maka tiada yang terlepas..
salam...
maaf kerana sudah lama tidak singgah ke blog ini kerana kesibukan dan hal yg tidak dpt dielakkan...
saya tertarik dgn soal 'hukum hudud' yang dibawa oleh parti pas di mana ia melibatkan rakyat yg beragama islam.
bukan bermakna aku tidak setuju kerana perjuangan pas adalah dari segi agama. so, itu kita kena hormati tapi menyentuh akan pemerintahan di malaysia, hukum hudud tidak sesuai kerana rakyatnya belum cukup didikan islam.
kalau boleh, serapkan dulu nilai islam (tanpa unsur politik dan keinginan memerintah) kemudian barulah lihat keadaan bagaimana.
kalau agama dan politik sudah bergabung, takut pula sekiranya ada perselisihan pendapat dgn agama lain.
Satu je my point Justice Note.
Bila ada dua undang-undang untuk dua puak/kaum/agama/kelas tertentu,itu dipanggil APATHEID.
Tidak kira sama ada istilah atau sebagainya.Semua warganegara harus patuh dengan satu perlembagaan,satu undang-undang dan satu sistem kerajaan.Tidak boleh ada dua.
Tidak kira dari sudut apa sekalipun,semua orang hendaklah ada satu undang-undang.Jika undang-undang hudud dilaksanakan,semua kena dilaksanakan.Jika potong tangan hukuman mencuri,Islam atau bukan Islam dipotong tangannya.Tidak boleh diasing-asingkan.
That's my point.No political agenda here.
Justice note adalah deniel ahmad- :) saya menggunakan nick name berkenaan pada masa itu kerana tidak blh login pada user biasa-sekadar makluman
salam..
pekata kite buat terus hukum hudud.kite tgk dulu mcm mane. samalah halnye dgn PPSMI juga. lpas dah buat org kritik sana,kritik sini. so,kite apply gak hukum hudud camtuh. effectnye kite bincangkan kmudian...sekadar pandangan
Kita lihat disini betapa penting semangat kerjasama diantara dua pemimpin pakatan rakyat dalam menguatkuasa kan perundangan Islam di malaysia....
Antara Dato'Seri Anwar dan T.G abdul Hadi Awang....
yanag mana kedua-duanya sedang main perananan...
Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Melalui perjuangan politik secara demokratik dalam diam - diam Anwar ada misi untuk kembalikan semula kuasa dan hak Raja - raja melayu dalam menggubal dan melaksanakan undang - undang....
kiranya Anwar berjaya menakluki kerajaan pusat...tugas untuk memujuk supaya sultan memperkenankan Perlaksanaan Perundangan Islam terletak di bahunya...
Tuan Guru Abdul Hadi Awang..
Tuan Guru harus main peranan dalam menggubal undang - undang islam dan melakukan kajian agar ia bersesuaian di laksana melalui kajian terperinci dam al-quran dan sunnah serta kajian dalam hadis ahlu-sunnah wal jammaah dan hadis - hadis dari imam hanbali,maliki,hanafi dan syafie
Ini kerana kiranya sultan atau Yang di pertuan Agong di kembalikan semula kuasanya...yang dipertuan Agong berhak mengisytihar perlaksanaan undang - undang Islam iaitu Hudud dan Qisas melalui kuasa Vetonya sebagai mana yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan yang mana Yang di Pertuan Agong Adalah:-
1.Ketua Agama Islam dan Adat istiadat melayu.
2.Ketua tertinggi Turus Angkatan Tentera.
Jadi kiranya Agong perkenankan perlaksanaan hukum islam saya yakin tidak akan ada mana - mana kaum atau parti politik dari MCA atau DAP yang akan menentangnya..
Percayalah....
Perjuangan PAS masih telus Dalam memartabatkan Daulah islamiah....
dalam konteks ini saya menyokong kenyataan justice note
yer betul ejai..
pasti perlaksanaan ini akan membawa effect..tapi kita jangan hanya memikirkan buruknya sahaja kalau ada, ttp positifnta..pertimbangan dua perkara ini adalah penting..
namun bagi yag bernama musleem islam, ada satu lagi perimbangan atau pasak penting yang perlu dipegang..bukan mahu bersifat retorik hudu ini undang-undang tuhan, tuhan kita ALLAH itu maha sempurna, maka segala yang diciptanya adalah sempurna..mempertikaikan segala darinya adalah sst yang akan membawa implikasi dari sudut ;akidah; yang sangat besar..Mungkin kenyataan ini nmpk 'kuno' bagi sesetengah pihak, namun itulah yang dikatakan keimanan kpd Allah yang esa..
manusia sukar untuk mempercayai dlm sola agama ini..samalah sepeti penerimaan orng-org jahiliah paza awal kedatangan islam kpd Nabi s,a,w..Nabi telah dinaggap gila kerana menyampaikan dakwah islam pada masa itu.. :] renungkanlah..
sesunguhnya antara maksud firman Allah di dalam Al-quraan yang lbh kurang bermaksud, adkh manusia ini berfikir sekadar hanya mengatakan ia beriman kpa Allah makan ia sudah dikira beriman? maka tidak begitu, mereka akan diujui dengan pelbagai untuk melihat adakah mereka benar2 beriman... Ujian disni adalah pelbagai termasuk mempercayai yang datang dari ALLAh termasuk hukum hudud dalam konteks perbincanga ini..Inilah juga yang membezakan kita antara yang beriman atau semata-mata hanya mengaku beriman ttp fasik ..
Post a Comment