Saturday, January 3, 2009

Hudud:Dua Undang-Undang dalam Satu Negara?

Ada rakan bloggers saya memberitahu saya tentang hukum hudud yang jelas sekali dipeningkan oleh PAS.Saya bertanya kepada penyokong PAS tentang "how sure undang-undang hudud itu boleh dilaksanakan di dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia?"

Lalu ada yang menjawab.Justice Note berkata,undang-undang hudud yang akan dilaksanakan di Malaysia,mengikut kata-katanya yang saya fahami,akan terbahagi kepada dua.Undang-undang hudud akan dilaksanakan kepada orang Islam,sementara yang bukan Islam akan dipanggil takzir.

Sekarang,jawapan dia menjurus kepada satu lagi soalan dari saya.

"Kenapa warganegara yang berlainan agama dikenakan hukuman yang berbeza?"

Mengikut kefahaman saya,negara yang mengamalkan dua undang-undang terhadap dua kaum/kelas/agama/kumpulan yang berbeza,dipanggil sebagai Apatheid,seperti yang dilaksanakan di Afrika Selatan satu masa dahulu.

Pada zaman Apatheid,undang-undang yang dikenakan terhadap kaum kulit putih adalah berbeza dengan undang-undang kulit hitam.Begitu juga dengan pembahagian kawasan,Soweto untuk kulit hitam,Bloemfountein untuk kulit putih.

Sekarang,kenapa yang bukan Islam tidak dipotong tangannya sekiranya dia mencuri?Kenapa yang Islam sahaja?Disini saya tidak faham dengan anda semua.

Ini dipanggil racial segregation.

Racial segregtation dalam istilah politik bermaksud:-pemisahan antara kaum/kelas/agama sama ada dari segi tempat awam,undang-undang dan kawasan perumahan,serta hak-hak sesuatu kaum diasing-asingkan mengikut ras/kaum/kelas/agama.

Sekarang,sekiranya masyarakat Islam dikenakan hudud,tetapi yang bukan Islam dipanggil takzir,dimana keadilan yang dikatakan itu.Satu negara perlukan satu undang-undang,jika tidak,satu puak akan tidak bersetuju dengan puak lagi satu.Itu adalah lumrah manusia.

Sekiranya mencuri itu hukumnya dipotong tangan,what if sekiranya orang itu disalah sabit hukuman?Orang menuduh dia mencuri tetapi sebenarnya tidak,apa hukumnya kepada saksi palsu?Bagaimana orang ini mahu mempertahankan haknya sebagai orang yang tidak bersalah?

Mengikut hukum hudud,apa yang saya faham,sekiranya zina wajib disebat 100 kali bagi belum berkahwin,tetapi what if orang mereka-reka cerita,kerana dikatakan wajib ada 3 orang saksi.

Siapa yang nak jadi saksi untuk penzinaan?

Dan bagaimana hukuman takzir itu?Apakah kalau orang bukan Islam mencuri,hukumannya membayar 200 ringgit kepada hakim?Atau bagaimana?

Penjelasan anda tidak terang malah tidak menyakinkan saya yang parti PAS tidak benar-benar berminat untuk memperjuangkan agamanya bagai dikata.

6 comments:

Cob Nobbler said...

kadang-kadang PAS dengan DAP ni tak pernah nak fikir one thing.

Siapa yang cetuskan polemik ni sampai bergaduh2 geng2 Pakatan Rakyat.

Ezreen yang sokong PKR ni pun boleh ada kritikan yang harsh kat PAS.

seorang makhluk bernama Khairy Jamaluddin la yang cetuskan benda ni.

Benda ni,dia akan jadi apatheid bila dua puak dilayan berbeza-beza,macam yang ada dalam Malaysia ni la.

Satu je nak persoalkan,kenapa dalam majlis-majlis awam,kena ada table VVIP?

Tu baru apartheid.Tu apartheid orang tak nampak tu.

Soal hudud aku tak nak ulas kerana bukan expertise aku.

PERUNDANG said...

Ok saya jawab..ada beberapa persolan yang ezreen timbulkan di sini..

terus terang saya katakan saya 'menyangka' anda sudah faham dan arif dgn persoalan hudud, sbb itu saya kira tidak mahu menjelaskan dgn panjang lebar..namun telahan saya kurang tepat..

persoalan anda yang pertama, berkenaan penggunaan undang-undang yang berbeza..tidak adil dan sebagainya kpd kaum, puak, kelas dan sebagainya..Anda maksudkan dlm soal aplikasi hudud..

Saudari, soal ini bukan soal baru , ianya bukan saja timbul dlm soal hudud saja..Jurisprudens law telah lama membincangkan soal ini..biar saya berikan contoh..di Malaysia telah wujud banyak undang-undang yang tidak sama sekali digunakan dlm kelas yang sama.contohnya, Sultan dan raja mempunyai 'kekebalan' di mana mereka tidak boleh didakwa jika melakukan kesalahan jenayah di mahkamah biasa, ttp boleh hanya didakwa di mahkahamah khas raja-raja dan dengan pelbagai kistimewaan lain.Adakah ini tidak adil? bagi kita di Malaysia soal adil tak timbul sekiranya sultan menerima 'layanan' berbeza dari masyarakat lain, wlpn ia juga manusia yang sama dgn kita dan melakukan kesalahan yang sama..

Contoh ke 2, sangat adakah sama di malaysia atau di mana-mana negara seorang kanak-kanak atau pesalah juvana yang mencuri atau melakukan kesalahan jenyah lain dari sudut hukuman dan perlaksanaan perbicraan? tidak sama..mereka dibicarakan di mahkamah khas dan hukuman mnereka tidak sama dgn golongan atas umur dan dewasa. Mereka akan disumbat ke dalam Pusat pemulihan akhlak dan sngainya.kalau membunuh mereka tidak akan digantung..Adakah ini adil? bagi kita ia adil..dan golongan wanita di malaysia tidak akan dikenakan hukman sebat..adil? adil kan, wlpn ada diskriminasi gnder.

Saya rujuk kpd perkara 8 perlembagaan Malaysia, iaitu semua org adalah sama rata di sisi undang dan berhak mendapat perlindungan sama rat adi sisi undang-undang..

Ini yang anda maksdkan sblm ini..ttp sebenarnya pemakaian peruntukkan frasa perlembagaan ini bukanya mutlak..ia tertakluk kpd tafsiran mahkamah. Di mana hakim Raja Azlan Shah di dalam kes PP V. tengku mahmood Iskandar menyatkan perkara 8 perlembagaan itu bermaksud SEMUA ORG BERHAK DIPERLAKUKAN SAMA RATA OLEH UNDANG-UNDANG, DAN MAKSUD PERLINDUNGAN SAMA RATA DI SISI UNDANG2 ADALAH *SEMUA ORG YANG SAMA MESTI DIPERLAKUKAN DENGAN SAMA*..justeru itu perbezaan adalah dibenarkan di antara mereka yang berbeza.Ini sering dirujuk sbgai 'rasional classification'..

Perkara 8 ini juga tidak bermaksud semua undang-undang hendaklah bersifat umum dan boleh dipakai secara sama rata kpd semua.Badan perundangan boleh mengubal law yang hanya terpakai kepda satu kumpulan atau kelas dengan syarat-syarat tertentu. Saya petik penghakima Tun Sufian dlm kes Datuk Haji Harun Idris V. PP, belia menjelaskan syrat pengkelasan munasabah hendaklah mempunyai sifat antaranya, rasional,berdasarkan perbezaan yang wajar ,serta terdapat nexus di anatara dasar pengkelasan dan tujuan akta..Dan di malaysia keistimewaan kpd bumiputera adakah dianggap tidak adil?dianggap sebagai racial segregation.? di malaysia ia dibenrakan hatta di negara lain ia diapanggil diskriminasi positif. Ini juga disokong oleh ahli falsafah barat iaitu John rawls, dlm karya beliau iaiutu A theory of justice..anda boleh semak dan rujuk..

maka saya berbalik kepada soal hudud..maka jika anda memahami perkara diatas, tidak timbul ketidakadilan dalam soal hudud dari sudut bukan islam tak mengguna law yang sama ..Dan saya kira ORANG ISLAM ADALAH BERHAK UNTUK MENGGUNA PAKAI HUKUK HAKAM ISLAM..itu hak mereka ,dan ini tertakluk kpd perlembagaan malaysia di dalam hak kebebasan beragama. maka termasuk di dalam perkara ini ialah jika mereka nak laksanakan hukuman hudud yang mana adalah antara kepercayaan agama mereka itu dibenarkan. Itu bahasa mudahnya..Tidak enak jika saudari 'melongokkan' persoalan hudud ini tanpa membincangkan ia secara mendalam dan terus 'membakulkan' persoalan ini sbgai racial segregation atau Apatheid..sungguH tidak sesuai penggunaan konsep itu.



Satu lagi soal org islam tidak bersetuju dgn hudud..ini soal keimanan mereka pada tuhan..huduD sbgai melepaskan tanggungan mereka di akhirat nnt.terpulang kpd mereka mahu menerima hukuman itu atau tidak..yang penting pemerintah perlu laksanakan..Sebab antara prosedur perlaksanaan huduD, jika org ditangkap itu lari ketika mahu dilaksanakan hukuman, maka jangan dikejar atau diburu..,biarkan saja..itu urusan mereka dgn tuhan ..Soala hudud ini tidak mamapu dihurai dalam perbincagan singkat ini..Saya mengambil masa hampir 6 tahun untuk benar-benar memahami ianya secara khusus da masih blm benar2 memahami..

Persoalan soal mencuri dan pemotogan tangan,soal berzina dan saksi dan semua persolan itu, maaf saya katakan anda tidak jelas dan hanya melihat ditas permukaan di dalam hal hudud ini. soal siapa saksi berzina? mmg payah nak nmpk berzina depan mata kan? 3 saksi plak..betul..maka jika tidak cukup saksi maka dijatuhkan hukman takzir.hukuman takzir merangkumi penjara atau apa saja yang difikirkan patut oleh pemerintah.Terfikir kenapa zina memerlukan 3 saksi? ia menujukkan tuhan itu maha adil agar tidak senang2 kita menuduh orang berzina, dan bukan mudah untuk sampai melihat org itu disebat..islam tidak kejam seperti yang disangka.Dan di zaman rasul, ada seorang wanita megaku di depan rasul ianya berzina, maka rasul memarahi dia dan meyuruh dia balik..sampai 3 kali ia berjumpa rasul, dan rasul memarahinya dan menyuruhnya balik. maka apabila ia datang lagi rasul menyuruh ia menyusukan dahulu anak yang baru dalahirkan itu dan datang berjumpa semula..maka barulah dijatuhi hukuman..maka jelas kita nmpk islam itu sngt indah dan hudud itu bukan bertujuan untuk menyeksa, ttp lbh kpd mendidik..Bukan senang nak lihat hukuman hudud itu dapat dilaksanakan..banyak syarat yang ditetapkan Allah sblm ia dapat dikenakan ke atas umatnya. Islam Itu adil..

maka kesimpulan di sini, saya menyarankan anda jika mahu memahami persoalan hudud ini, sila rujuk degan mendalam termasuk dari sudur prosedur , syarat-syarat dan perbincangan oleh ulamak.Maka baru anda dapa memahami apa itu hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS yang hanya bertindak sbagai medium perlksanaan sahaja. Anda juga harus memahami konteks undang-undang perlembagaan malaysia termasuk soal bidangkuasa negeri dan persekutuan untuk memahami kenapa sampai sekarang hudud tidak dapat dilaksanakan di kelantan dan terengganu WALAUPUN UNDANG-UNDANG ITU TELAH ADA DAN DIWARTAKAN OLEH KERAJAAN NEGERI DAN SULTAN. Maka jelas PAS sudah berusaha semaksimum mungkin dengan kuasa yang ada untukmelaksanakan hudud di negeri yang mereka perintah iaitu kelantan dan terengganu. Ttp halangan yang wujud untuk membolehkan ia dilaksanakan secara 'legal' adalah dari sudut undang-undang perlembgaan persekutuan yang terletak di bawah kerajaan pusat. Dan antara sebab lain PAS bersusaha untuk menguasai kerajaan perseketuan agar dapat merombak halangan-halangan yang menyekat perlaksanaan hudud di kalangan org islam dari sudut perlembagaan persekutuan.Ini soal undang-undang negara, anda boleh rujuk setersunya di mana-mana.

Maka apabila anda mengatakan PAS itu hanya pandai ckp saja pasal hudud, dan kenyataan anda bahawa adakah pas benar2 memperjuangkan hudud adalah sama sekali satu kenyataan yang dibuat tanpa melihat secara praktikal apa yang telah dilakukan PAS dari sudut perlaksanaan hudud itu diperingkat negeri.Itu sbb suka saya menyatakan di dalam membicarakan soal hudud sila lihat secara jelas dan telus serta dari pelbagai aspek termasuk sistem undang-unang malaysia yang sedia ada, dan apa yang telah PAS lakukan.Jangan hnya melihat secara mata kasar.

Pemerhatian anda selama 10 tahun di malaysia akan PAS tidak memungkinkan anda memahami semua ini secara praktikal.Maaf jika saya berkata begitu..ttp itulah hakikatnya..PAS sudah meluluskan undang-unang hudud di kelantan lebih 10 tahun dahulu, dan di terengganu pada tahun awal pemerintahan di sana. Semua telah mendapat perkenan sultan dan DIWARTAKAN.. apa lagi yang PAS bole buat dengan kuasa Negeri apabila sst undang-undang itu berjaya diwarta?itu saja kuasa dan usaha maksimum yang boleh dilakukan..seterusnya harus menunggu apabila ia berjaya memerintah Malaysia..

saya harap anda dapat memahami apa yang cuba saya nyatakan..Apa yangs saya nyatakan ini adalah berdasarkan pengetahun saya di dalam pengajian undang-undang sivil dan syariah.Masih bnyk yang belum saya ketahui, namun saya kra ilmu yang sedikit ini kiranya boleh sama-sama kita manfaatkan dan kongsi bersama.

Rausyanfikir said...

Salam,

Kalau boleh beli akhbar Siasah minggu ni ada kupasan pasal hudud oleh Prof aziz bari.

Saya pn xpercaya PAS mampu laksanakan. Diorg pandai politiking sahaja.

Ez the Conspirator said...

Rausyanfikir,

I'm from Calgary,Canada.

I tak tau surat khabar siasah.

PERUNDANG said...

soal percaya atau tidak ia mmg masih terpulang pada sesiapa sahaja..bagi saya yang dengan melihat keupayaan dan kuasa yang ada dari sudut perlembagaan dan undang-undang persekutuaan yang dimiliki oleh PAS ia hanya mampu setakat mewartakan undang-undang hudud itu..ini apa yang saya sendiri bincangkan bersama prof dr aziz bari, dai UIA itu..kadangkala bukan mudah untuk bukan ahli undang-unang untuk membincangkan soal undang2.ia begitu taktikal

ttp sekiranya jika ia memerintah MALAYSIA, dan mempunyaa kuasauntuk merubah halangan yang ada, dan TIDAK MELAKUKAN itu, maka pada ketika itu baru jelaslah ia hanya politiking..dan pada saat itu saya akan keluar dari PAS..saya tidak berjuang atas parti itu PAS, ttp atas dasar PAS itu ingin melaksanakan apa2 yang disarankan dan diperintahkan oleh islam meliputi soal pemerintahan,hukuk hakam, ekonomi dan sebagainya..

berhidupalah untuk ALLAH yang esa..

Najib Daud said...

maaf,
hudud is a fact that is already stated in Al Quran.
xboleh tukar wlaupn kita rase kejam mane pun.
Kita hanya manusia, hamba yang lemah.
kita x tahu tahap keadilan Allah sampai mane.
jgn pndai2 ckp hukum Allah x adil
kita x cipta dunia.
kita x cipta manusia
kita x cipta takdir.
dan kita x cipta keadilan
semua itu milik Allah
hukuman Hudud yand diusulkan bukan sesuatu yang baru,
malah sudah dicipta sebelum manusia wujud lg.
adakah kita nk kate Allah tak adil?
tidak kn?
na'uzubillah
sy bkan di cni utk memback up ataw menentang mana2 pihak.
cuma sya berdiri atas dasar
seorang SAUDARA ISLAM
yang tidak sempurna.
tp sy rase
sy berhak untuk memberi pndpt tentang hal ini.
xsilap sy, sy pnah dgr.
ktika zman pemerintahn Khalifah Umar Abdul Aziz RA
sistm hudud turut dijlankn.
namun sepanjng lbeh kurang 50 tahun pmernthan (maaf, sy xpasti anta 40 50 60 thn la)
x sampai 3 pasng tangan diptong sbab mencuri.
ini membuktikan bhawa apabla hukum hudud djalankn
manusia akan takutt.
x akan mengulangi ksilapan yg sekarang.
tp cuba tgk sekrang.
dah kne tangkap pun
buat lgi kes.
x insaf2.
about hukman brbeza antara orng islam n bukan islam tuh sy rse cik penulis kne rujuk Ulama mahupn ustz2 yg berdkatan.
sekadar membca tanpa guru tidak berguna
kerana masing2 akan hanya bergantung kepada perspektif masing2.
kadngkala diri yg serba lemahini akan terikut2 dgn kata nafsu yg meluru ke arah kejahatan dan ksestn.
sy x kate cik penulis sesat,
sbb sy pn hamba yng lemah
cuma bahaya jika kte mempersalahkan hukum ALLAH yg
bukan mcm peraturan skolah .
ksimpulannya,
sy cube menashat dr sy sndiri, cik pnulis dan kalian semua utk berhati2 dengan pemikiran ISLAM LIBERAL yang kini semakin menular.
salah anggap tentang HUKUM HUDUD adalah antara hal2 pntng yg diremehkan oleh golongn Islam Liberal.
sekian wasalam